Biar cuma aku cumbui bayangan semalam.....
-Selamat Tinggal Memori (Shanika Latisha)


Sesungguhnya penantian ini satu seksaan yang mengguris hati hingga luka.
-Relaku Menanti (Damiya Hanna)

Blogged at 12:44:00 PM

0 Comments

Guru ibarat lilin. Memberikan cahaya namun membiarkan dirinya terus hapus terbakar. Selalunya guru pentingkan murid-muridnya lebih daripada dirinya sendiri. Guru-guru sanggup berjaga hingga lewat malam untuk menyemak kerja-kerja murid atau memikirkan apa yang ingin diajarkan kepada pelajar-pelajar pada hari selanjutnya. Ini semata-mata untuk kebaikan pelajar-pelajarnya.

Pelajar selalunya akan membuat kerja yang yang diagihkan oleh guru dengan sikap sambil lewa tanpa memikirkan susah payah guru mereka untuk menyediakan kerja untuk mereka. Lebih teruk lagi, ada yang hanya melepaskan batuk di tangga.

Sebenarnya hubungan baik antara guru dengan pelajar amat penting. Guru dan pelajar seringkali menghadapi masalah tidak seperfahaman. Apabila pelajar tidak menghabiskan kerja sekolah, guru sering beranggapan bahawa pelajar itu tidak mengambil endahkan kerja sekolah itu atau sengaja ingin memberontak. Jarang sekali guru ingin mencuba untuk memahami pelajar. Pelajar -pelajar pula mempunyai kurang sabar apabila berhadapan dengan guru untuk menjelaskan masalah mereka dengan cara baik.

Satu cara untuk mempertingkatkan hubungan baik antara guru dengan pelajar adalah dengan memahami antara satu sama lain. guru harus memahami masalah dan kesukaran pelajar. Pelajar pula harus memahami tujuan guru.

Lagi satu cara untuk mempertingkatkan hubungan antara pelajar dengan guru adalah dengan saling mempercayai. Pelajar harus memberi kepercayaan kepada guru untuk mendidik mereka dengan cara yang terbaik. Guru juga harus memberi kepercayaan kepada pelajar untuk menyelesaikan tugas dan meresapi pelajaran yang diajar.

Contoh bagi diri saya sendiri sebagai seorang pelajar, saya akan lebih yakin dan bersemangat untuk melakukan kerja yang diberi hanya apabila saya dapat merasakan yang guru menaruh harapan dan kepercayaan untuk berikan yang terbaik. Saya yakin jika antara guru dan pelajar ada keraguan, perhubungan antara mereka tidak akan sempurna.

Cara yang terakhir sangat mudah dan sekaligus amat penting. Caranya ialah dengan 'berkomunikasi'. Komunikasi cara berdamai adalah yang terbaik. Dengan berkomunikasi juga dapat membantu untuk lebih memahami antara satu sama lain. Untuk merapatkan lagi silaturrahim antara kedua-dua pihak ini, mungkin guru dan pelajar boleh fikirkan aktiviti menarik yang dapat melibatkan penyertaan kesemua pelajar dan guru di dalam bilik darjah. Aktiviti itu juga boleh dilakukan di luar waktu sekolah.

Pada pendapat saya, guru-guru dan pelajar-pelajar harus mempertimbangkan cara bagi mempertingkatkan hubungan baik antara guru dan pelajar yang telah saya jelaskan awal tadi.

Hubungan baik antara guru dan pelajar amat penting sebab mereka harus saling mendukung demi mencapai kejayaan masing-masing.

Pentingnya hubungan baik antara guru dengan pelajar ibarat aur dengan tebing.

Blogged at 11:53:00 PM

0 Comments

Arini binti Abdullah
Blok 516 Jalan Nakhoda
#10-243
Singapura 245516

6hb Februari 2008

Pegawai Perhubungan Awam
Pertubuhan Ihsan
15 Jalan Seroja
Singapura 140515

Tuan

Program Kerja Kemasyarakatan

Saya menulis surat ini kepada tuan berhubung perkara di atas. Di dalam surat ini saya akan menyatakan minat saya untuk mengambil bahagian dalam program ini berserta dengan butir-butir peribadi saya dan sebab-sebab saya harus dipilih sebagai peserta.

Saya memang minat dengan kerja-kerja kemasyarakatan. Dari usia muda, saya sudah menjinak-jinakkan diri dalam program-program sukarela. Saya pernah melibatkan diri dalam program membantu mangsa kebakaran di kejiranan sekolah saya. Saya adalah bekas anggota pengakap sekolah di sekolah rendah dan waktu itu saya mengambil bahagian bersama guru-guru dan rakan-rakan sepasukan saya.

Kini walaupun saya agak sibuk dengan kerja-kerja sekolah dan aktiviti ko-kurikular, saya masih meluangkan masa untuk kerja-kerja kemasyarakatan dan sukarela di balai rakyat untuk membaca buku kepada budak-budak tadika secara sukarela atau menziarahi dan menghiburkan warga-warga tua yang kesunyian di rumah orang-orang tua.

Apabila saya mendapat tahu bahawa pertubuhan sukarela tuan mengundang belia-belia untuk menyertai program yang melibatkan kerja kemasyarakatan di kawasan Asia Tenggara yang terjejas oleh bencana banjir, saya amat tertarik. Saya sedar yang beberapa negara di Asia Tenggara yang terjejas oleh bencana banjir sedang dalam keadaan kucar-kacir. Saya amat teringin untuk membantu mereka yang sedang berada dalam kesukaran.

Saya patut dipilih sebab saya peka, ikhlas dan mempunyai jiwa yang lembut. Jika tuan memilih saya, saya akan membantu dan membuat kerja kemasyarakatan itu dengan jiwa, minda dan tangan terbuka, dan dengan penuh keikhlasan hati. Saya amat berharap saya dapat membantu dan merubah nasib mangsa-mangsa bencana banjir itu.

Saya harap tuan dapat mempertimbangkan perkara ini.

Terima kasih.

Yang benar,
Arini binti Abdullah
97866319

Blogged at 7:55:00 PM

0 Comments

Aku Nadhirah. Aku minat menulis cerpen selain daripada menyanyi, menari dan melukis. Aku sering menulis cerpen mengenai sesuatu kejadian yang berlaku atau mengenai perasaan yang ingin aku jelajahi. Aku bekas pelajar Bahasa Melayu Lanjutan. Tetapi, aku tidak meneruskan kelas tersebut atas sebab musabab yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, aku tidak putus-putus memperbaiki bahasa melayuku. Aku ingin sekali memnceburi bidang sastera. Aku juga minat membaca novel-novel yang berunsur drama dan romatis.
Blog Archives
    • <$BlogArchiveName$>
 
Bloggers Circle
    • Blogskins
    • Blogger

 

Here is where your tagboard goes in......

If you need a tagboard, try ShoutBox