Arini binti Abdullah
Blok 516 Jalan Nakhoda
#10-243
Singapura 245516

6hb Februari 2008

Pegawai Perhubungan Awam
Pertubuhan Ihsan
15 Jalan Seroja
Singapura 140515

Tuan

Program Kerja Kemasyarakatan

Saya menulis surat ini kepada tuan berhubung perkara di atas. Di dalam surat ini saya akan menyatakan minat saya untuk mengambil bahagian dalam program ini berserta dengan butir-butir peribadi saya dan sebab-sebab saya harus dipilih sebagai peserta.

Saya memang minat dengan kerja-kerja kemasyarakatan. Dari usia muda, saya sudah menjinak-jinakkan diri dalam program-program sukarela. Saya pernah melibatkan diri dalam program membantu mangsa kebakaran di kejiranan sekolah saya. Saya adalah bekas anggota pengakap sekolah di sekolah rendah dan waktu itu saya mengambil bahagian bersama guru-guru dan rakan-rakan sepasukan saya.

Kini walaupun saya agak sibuk dengan kerja-kerja sekolah dan aktiviti ko-kurikular, saya masih meluangkan masa untuk kerja-kerja kemasyarakatan dan sukarela di balai rakyat untuk membaca buku kepada budak-budak tadika secara sukarela atau menziarahi dan menghiburkan warga-warga tua yang kesunyian di rumah orang-orang tua.

Apabila saya mendapat tahu bahawa pertubuhan sukarela tuan mengundang belia-belia untuk menyertai program yang melibatkan kerja kemasyarakatan di kawasan Asia Tenggara yang terjejas oleh bencana banjir, saya amat tertarik. Saya sedar yang beberapa negara di Asia Tenggara yang terjejas oleh bencana banjir sedang dalam keadaan kucar-kacir. Saya amat teringin untuk membantu mereka yang sedang berada dalam kesukaran.

Saya patut dipilih sebab saya peka, ikhlas dan mempunyai jiwa yang lembut. Jika tuan memilih saya, saya akan membantu dan membuat kerja kemasyarakatan itu dengan jiwa, minda dan tangan terbuka, dan dengan penuh keikhlasan hati. Saya amat berharap saya dapat membantu dan merubah nasib mangsa-mangsa bencana banjir itu.

Saya harap tuan dapat mempertimbangkan perkara ini.

Terima kasih.

Yang benar,
Arini binti Abdullah
97866319

Blogged at 7:55:00 PM

0 Comments

0Comments:

Post a Comment

<< Home

Aku Nadhirah. Aku minat menulis cerpen selain daripada menyanyi, menari dan melukis. Aku sering menulis cerpen mengenai sesuatu kejadian yang berlaku atau mengenai perasaan yang ingin aku jelajahi. Aku bekas pelajar Bahasa Melayu Lanjutan. Tetapi, aku tidak meneruskan kelas tersebut atas sebab musabab yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, aku tidak putus-putus memperbaiki bahasa melayuku. Aku ingin sekali memnceburi bidang sastera. Aku juga minat membaca novel-novel yang berunsur drama dan romatis.
Blog Archives
    • <$BlogArchiveName$>
 
Bloggers Circle
    • Blogskins
    • Blogger

 

Here is where your tagboard goes in......

If you need a tagboard, try ShoutBox